? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

EPILOG KASIH TANPA SUARA

Ketika hati bersedih, kita perlu memilih. Pilihlah untuk senyum walaupun kita memiliki sebab untuk muram. Pilihlah untuk bangkit, walaupun kita telah jatuh dan malu. Pilihlah untuk sabar dan redha walaupun kita ada alasan untuk kecewa.



Khamis, 10 November 2011

HANYA TUHAN YANG TAHU: 42 Nasihat Agama Yang Amat Berguna

HANYA TUHAN YANG TAHU: 42 Nasihat Agama Yang Amat Berguna

Selasa, 8 November 2011

SAMUDERA BUAT GURU



Samudera Buat Guru
www.iluvislam.com
oleh: lutfihafifi
Editor: ar-ruhul JADEED


Di sudut pintu utama kelas , terlihat kelibat seorang manusia mula memasuki kelas dengan perlahan , raut wajahnya agak tua namun semangatnya menampakkan dirinya tidak seperti usianya , dia tampak tegas dan garang. “Bangun..” Kalam pertama yang berbunyi kemudian disambung pula . “Selamat pagi cikgu..” serentak dengan satu nafas alunannya membuatkan kelas bergema di pagi itu. Dia mula melihat setiap seorang pelajarnya . “Kerja sekolah yang saya bagi kamu dah siap?” Reaksi yang pelbagai mula timbul wajah setiap pelajar , ada yang berpeluh, ada pula yang kelam kabut dan ada yang seperti biasa sahaja seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.

“Samad , kamu sudah siap?” Samad orang pertama yang disapa. “Err..cikgu , semalam saya tertidur , tak sempat nak buat”. “Apa yang kamu buat dirumah?. Tdur saja kah?” Samad hanya diam tanpa jawapan . “Nah ambik buku kamu ni , buat latihan yang saya bagi di atas padang sana sambil berdiri” Denda buat samad yang tidak siap kerja sekolahnya.
Di hari yang lain

“Murid-murid hari ini saya nak lihat kerja sekolah yang saya bagi , haa , Samad kerja sekolah kamu bagaimana??” Samad tunduk dan berdiam diri. “Samad , kamu dengar tak apa yang saya cakap ni ?!!”. Gema suara itu menjadikan kelas sunyi sepi. “Saya tertidur cikgu..” “aduhh!” libasan rotan membuatkan samad kesakitan . “Apa nak jadi dengan kamu ni? Datang sekolah lambat , dalam kelas kamu tidur , sekarang kamu keluar , berdiri di padang sana”.
Kampung Sebiru

Anak-anak kampung girang berlari berkaki ayam bermain sesama mereka . Suasana awal pagi kampung tepian pantai itu agak tenang dengan udara samudera yang nyaman dan selesa. Para nelayan mula melabuhkan kapal-kapal kecil mereka di jeti setelah semalaman di laut, sibuk suasana di Jeti . Hasil tangkapan mereka dinanti-nanti oleh pemborong yang awal-awal lagi sudah tiba di jeti. Samad sibuk menjemur ikan kering di ampaian khas yang dibuat oleh ayahnya dihadapan rumah. “Kau tak pergi sekolah hari ni samad?”, tanya ayahnya yang baru sahaja pulang dari laut. “Pergi ayah , lepas saya jemur ikan kering , saya terus ke sekolah”. Samad menyambung kerjanya. “Oh ya , adik-adik saya dah hantar ke rumah makcik Jamilah , lepas sekolah saya akan ambil mereka”, tambah Samad.

Samad merupakan anak yatim , semenjak ibunya meninggal dunia akibat penyakit kanser payudara tahun lalu , Samad banyak belajar untuk berdikari , tambahan pula kesempitan hidup keluarganya membuatkan Samad tidak seperti kanak-kanak lain . Walaupun baru berusia 12 tahun , Samad punya tanggungjawab yang besar , jika ayahnya ke laut , Samad yang akan menjaga adik-adiknya seramai tiga orang . “Kamu lambat datang lagi?” ,tanya Majid . Sahabat baik Samad yang juga merupakan kawan sekampungnya. “Nasib baik cikgu Hamidah tak masuk kelas lagi , kalau tidak habis kamu berdiri di tengah padang lagi”, bebel si Majid . “Kau bukan tak tahu , aku macam mana..” Samad menutup perbualan.

“Bangun , selamat pagi cikgu..” Kelas 6 Sentosa bergema di pagi itu. “Murid-murid , pihak sekolah akan mengadakan Sambutan Hari Guru , pada bulan hadapan , saya mahukan wakil daripada kelas ini untuk membuat persembahan nanti , kamu ada cadangkan sesiapa?”, tanya cikgu Hamidah pada anak-anak muridnya. “Majid , cikgu” , Sofi mencadangkan . “Dia pandai menyanyi , hari-hari saya lihat dia menyanyi, kalau cikgu tiada dalam kelas mesti dia menyanyi, macam Akademi Fantasia pulak kelas kita ni”, gurau Sofi . Sofi merupakan ketua kelas 6 Sentosa berseloroh membuatkan satu kelas tergelak. Muka Majid merah , malu. “Kalau macam tu , kamu lah yang akan buat persembahan ya..”, cadang cikgu Hamidah . Majid hanya tersenyum.
Di atas pentas
“Assalamualaikum , saya Majid dan di sebelah saya Ah Leong , hari ini kami akan menyampaikan sebuah sajak yan bertajuk ,
“Samudera Buat Guru” , sajak ini di tulis khas oleh sahabat kami , Samad”. Majid memulakan biacara. “Sajak ini untuk guru-guru Sekolah Kebangsaan Seroja terutamanya cikgu Hamidah..” Ah Leong menambah. Seluruh dewan memberikan tepukan gemuruh. Timbul rasa hairan di wajah cikgu Hamidah . Terdiam dan ingin tahu. Ah Leong mula memetik gitarnya dengan perlahan , sayu rentaknya. “Sajak ini kutujukan buat guru-guruku yang tersayang , ampunan maaf juga buat kalian kerana saya pelajar yang malas dan tidak menghormati kalian. Kalian juga tidak perlu risau lagi dengan anak muridmu yang tidak berguna ini , saya hanya akan ke laut sahaja selepas ini , namun saya juga teringin seperti anak-anak murid yang memberi hadiah buat guru yang disayangi sempena hari yang berbahagia ini , tidak mampu saya berikan hadiah yang mahal-mahal , cumanya sebuah sajak …khas untuk guru-guruku terutamanya cikgu Hamidah” isi surat tersebut..


“Baiklah kelas,sekarang ni saya nak lihat kerja sekolah yang saya berikan semalam”. Seperti biasa cikgu Hamidah pasti akan mencari Samad , di hujung kelas Samad tertidur , penat agaknya. “Samad!!”. Cikgu Hamidah sudah berubah raut wajahnya yang sememangnya garang , Samad terkejut dan terus terbangun. “Pashh!!” Agak kuat juga tamparan yang cikgu Hamidah berikan kepada Samad. “Kenapa kamu ni teruk sangat? , Saya menyesal dapat anak murid macam kamu, kurang ajar dan tidak tahu menghormati guru, saya nak kamu keluar daripada kelas saya sekarang dan saya tak nak lihat muka kamu lagi!!”, bentak cikgu Hamidah yang benar-benar marah. Cikgu Hamidah memang tegas dan garang orangnya.

“Majid, aku memang budak tak berguna”. Samad memulakan perbualan memecah ketenangan bunyi ombak di pantai Kampung Sebiru . “Kau jangan cakap macam tu Samad , cikgu mungkin tak faham bagaimana keadaan kau sekarang ini , hanya aku sahaja yang tahu kau bagaimana” . Majid cuba mententeramkan keadaan. Samad menangis , dihatinya timbul rasa hiba dan sayu mengenang dirinya yang sering malang. Masing-masing senyap , melihat kumpulan ombak yang tidak henti-henti memukul sang pantai sebiru. Sudah hampir seminggu Samad sudah tidak hadir ke sekolah , cikgu-cikgu yang lain sudah bertanya-tanya ke mana perginya Samad , namun bagi cikgu Hamidah dia seolah-olah tidak ambil peduli ketiadaan Samad di dalam kelas.

“Puan hamidah , kamu guru kelas 6 sentosa kan? Tahu ke mana perginya pelajar bernama Samad? Sudah hampir semiggu dia tidak hadir ke kelas saya”, tanya cikgu Radzi pada cikgu Hamidah. “Budak tu memang pemalas , selalu saja datang lewat dan tidur di dalam kelas”, rungut cikgu Hamidah. Marahnya mungkin masih belum hilang. Suasana di dalam kelas agak bising , kelas belum bermula . Dihujung tempat duduk Majid berlaku sebuah perbincangan diantara Majid , Sofi dan Ah Leong , mereka Nampak serius seolah-olah membincangkan sesuatu yang penting. “Majid , kau tahu tak kemana perginya si Samad?”, soal si Sofi kerisauan. “Aku pun dah seminggu tak nampak dia, rumahnya juga macam tiada orang , selalu bila waktu petang dia rajin ke tepi pantai dekat rumah aku untuk mengambil angin,tapi sejak seminggu ni tak ada pula aku nampak”, balas Majid. “Tapi semalam dia datang kedai ayah saya , beli peralatan nelayan, ayahnya suruh barangkali . Tapi aku tak sempat bersembang dengannya” beritahu si Ah leong. “Hairan juga..” tambah Majid. Timbul riak wajah yang penuh tanda tanya di sesama mereka bertiga.

“Majid , lusa ni dah Sambutan Hari Guru , kamu dah bersedia nak buat persembahan?”, tanya Sofi mengubah topik perbualan. “Insyallah , eh , Ah Leong kau pandai main gitar kan? Nanti kau mainkan utuk aku ya” pinta Majid. “Ok , kawan-kawan tak ada hal punya” .Ah Leong bersetuju. “Habis tu aku nak jadi apa?”. Sofi juga mahu turut serta. “Haa..Sofi kau jadi pengurus kami lah , kau kan pengurus artis”, gurau Ah leong. Mereka bertiga ketawa sesama sendiri. Selepas asar , Majid mahu mengambil angin di pantai berhadapan rumahnya , tiba-tiba dia ternampak Samad, dengan segera dia mendapati Samad. “Samad , mana kau pergi ? dah seminggu aku cari” , Majid beriya-iya menanyakan soalan pada Samad. “Majid , aku dah berhenti sekolah” jawab Samad . Mukanya tenang tetapi riaknya sedih. “Kenapa ?” Majid semakin hairan. “Ayahku , dia tidak mampu lagi nak menanggung perbelanjaan persekolahan aku dan aku memutuskan untuk mengikut ayah ke laut”, jawab Samad. Majid hanya diam , wajahnya mula kesedihan dan simpati. “Memang aku nak jumpa dengan kau Majid , aku tahu esok kan hari guru , aku nak kau berikan surat ini untuk cikgu Hamidah , aku tak ada hadiah nak diberi” Samad mengeluarkan sebuah kertas lusuh daripada kocek seluarnya. “Apa ni Samad?” tanya si Majid. “Sekadar luahan hati aku pada cikgu Hamidah , aku tuliskan sajak untuknya”, balas Samad tenang dan berterus-terang. Majid memeluk Samad , kali ini dia benar-benar sedih dengan keluhuran hati Samad.Mereka menangis. Pantai Sebiru jadi saksi.

Hari persembahan untuk sambutan hari guru sudah tiba. Majid akan membuat persembahan. “Kau dah bersedia”, tanya Ah Leong dan Sofi. “Hari ni aku tak menyanyi , aku bersajak , tapi Ah Leong , kau main gitar juga ya untuk aku”, balas Majid. “Kenapa tukar plan?”, Sofi kehairanan. Majid menunjukkan kertas lusuh yang diberikan Samad padanya. “Hadiah untuk cikgu Hamidah daripada Samad”. Majid senyum , namun senyumannya nampak sedih. “Samad dah tak sekolah lagi dah , dia ke laut dengan bapanya”, Majid menambah. Suasana sepi. Masing diam tidak bersuara. “Baiklah , mari kita bersiap” Majid menutup suasana itu . Persembahan tinggal lagi setengah jam.


SAMUDERA BUAT GURU

Pantai hari ini nampak tenang Tiada gelora,
Tiada ombak yang garang,
Melihat laut yang jauh itu,
Umpama melihat ibu yang tersayang,
Pada pantai aku melepas rindu,

Pada pantai juga aku menangis,
Pada ombak ku kirimkan cinta,
Pada dunia lautan itu Guruku ,
Sayangnya aku pada kamu,
Umpama lautan yang luas itu,
Jasamu umpama samudera,
Memberi sebuah kisah cinta pada manusia
Guruku, Aku anak laut Laut dan pantai duniaku
Ia juga masa depanku,
Ia warna dalam hidupku,
Guruku, Kasihmu ku anggap ombak,
Ombak tenang di bibir pantai,
Jasamu juga ku anggap ombak,
Ombak yang garang dan banyak memukul pantai,
Guruku, Budimu ku anggap air di laut,
Tak pernah kering dan mati,
Walau kita nampak jauh,
Namun kita dekat pada hati,
Guruku, Jika dosa telah aku lakukan,
Restu dan maafmu aku dambakan,
Jika hatimu luka Selautan ampun ku pohonkan,
Hari ini dan esok… Aku akan terus melihat samudera luas ini..
Dan sampai bila-bila..
Samudera ini hadiahku buat guru-guru…

Ada air mata jernih mengalir dipipi para hadirin yang mendengar , Majid teresak-esak mengungkap bait-bait sajak , Ah leong semakin sedih rentak gitarnya. Cikgu Hamidah tidak dapat menahan sebaknya , air mata deras , terlalu deras. Dia teringatkan Samad. Anak muridnya. Hatinya Terusik , sesuatu perlu diubah dan berubah.

HATI SEBESAR CAWAN

Hatiku Sebesar Cawan

" Aduhai, kenapakah hidup aku selalu dirundung malang begini..? " lelaki itu berkeluh-kesah. Selama hidupnya, dia tak pernah merasakan ketenangan yang sebenar. Hatinya tidak pernah sepi daripada merasakan kerisauan. Fikirnya, tuhan tidak pernah sudi meminjamkan kedamaian hati padanya. Dia sangat cemburu apabila memandang sekeliling. Mereka bebas ketawa dan mudah tersenyum. Tapi dia? Dia hanya mampu tenggelam dalam dunia sepi dan resahnya sendiri.

Hatinya tidak mampu mengisi segala masalah yang menghimpit jiwanya. Lalu, selepas lelah dan puas berfikir, suatu hari dia melangkah longlai menuju ke hujung kampung. Niat hatinya, ingin menemui seorang lelaki tua. Saban hari, wajah lelaki tua itu sentiasa basah dan sejuk. Damai sentiasa bertamu diwajahnya. Dia ingin sekali meminta rahsia, " bagaimanakah boleh ku nikmati hidup begitu juga? " . Lalu, dia terus berperi kepada lelaki tua tersebut.

Masalah keluh kesah dan kerisauannya didengari lelaki tua itu sambil tersenyum. Lalu mengajak lelaki itu ke suatu tempat iaitu ke tepi sebuah kolam yang besar sambil membawa sebiji cawan dan dua bungkus garam. Lelaki itu mengikut, walaupun hatinya sedikit hairan.

" Anak muda... " lelaki tua itu bersuara .

" Ambillah cawan ini, isikanlah air dan masukkanlah sebungkus garam. " ujarnya lagi. Lelaki itu yang dalam kebingungan hanya menurut. Cawan diambil...air diisi...dan garam dimasukkan. Kemudian lelaki tua itu berkata lagi.

" Sekarang kamu minumlah air tersebut ". Dalam bingung yang masih bersisa, lelaki itu mengikut kata lelaki tua itu.

" Apa rasanya? ", tanya lelaki tua itu apabila melihat kerutan di dahi lelaki tersebut.

" Masin! " lelaki tua itu tersenyum lagi.

" Sekarang, kamu masukkan pula sebungkus garam ini ke dalam kolam itu, dan kamu hiruplah airnya. "

Lelaki tua itu menunjukkan arah ke kolam. Sekali lagi lelaki itu hanya mengikut tanpa menyoal. Air di cedok dengan kedua belah tapak tangan dan dihirup.

" Apa rasanya, anakku? " soal lelaki tua itu.

" Tawar, tidak masin seperti tadi ", lelaki muda itu menjawab sambil mengelap mulut.

" Anakku, adakah kamu memahami kenapa aku meminta kemu berbuat begitu tadi? " tanya lelaki tua itu, sambil memandang tepat ke arah lelaki tersebut. Lelaki itu hanya menggeleng. Lelaki tua itu menepuk-nepuk bahu lelaki tersebut.

" Anakku, beginilah perumpamaan kita dan masalah. Garam itu umpama masalah. Cawan dan kolam umpama hati kita. Setiap orang mempunyai masalah, ditimpa masalah, dan diuji dengan masalah. Tetapi, kalau hati kita sebesar cawan, maka kita akan merasai pahitnya masalah itu, pedihnya hati kita dan keluh kesahnya kita.Tetapi kalau hati kita sebesar kolam, masalah tidak akan mengganggu kita. Kita masih boleh tersenyum, sebab kita akan mengerti masalah bukan hadir untuk menyusahkan kita. Masalah dianugerahkan untuk kita berfikir, untuk kita muhasabah diri. Masalah dan ujian akan memberi hikmah kepada kita.Anakku, itulah rahsiaku. Aku sentiasa berlapang dada, aku sentiasa membesarkan jiwaku, supaya aku boleh berfikir tentang perkara-perkara lain dan masih boleh memberi kebahagiaan padaku. Aku tidak akan sesekali membiarkan hatiku kecil seperti cawan, sehingga aku tidak mampu menanggung diriku sendiri " .

Maka, pada petang itu. lelaki itu pulang dengan senyuman yang terukir di bibir. Dalam hati, dia berjanji, akan sentiasa membesarkan jiwa dan berlapang dada! Moral:


Sahabat sekalian, jangan lah membiarkan kita lemas dalam masalah tetapi nikmatilah masalah itu. Sesungguhnya ada hikmah disebaliknya.

Isnin, 10 Oktober 2011

KASIH SAYANG TIADA SEMPADAN ....

Hari ini 11/10/2011 saya mencipta sejarah sendiri dalam hidup ...... Bermula jam 11.30 mlm, kucing peliharaan saya yang bernama CICI telah mula menampakkan tanda-tanda kesakitan akan bersalin ...... Simpatinya saya kepada CICI sukar diungkapkan dengan bahasa manusia .... sepanjang masa mengiau dan mundar-mandir berjalan tanpa tujuan ... jika penat dia akan berbaring di atas tilam..... saya mengusap perut dan kepalanya tanpa sempadan kasih sayang .... sekali sekala kakinya akan terangkat-angkat ke atas ..... Keadaan ini berlarutan selama lebih kurang 2 jam ....... Simpati dan gusar saya menggunung tinggi saat dia meneran ..... sama seperti manusia ....

Saya lihat dengan jelas kepala anaknya telah mula keluar .... tapi sayang ..... saat  itu dia melarikan diri ke bawah katil ...... Tapi saya sabar menunggu ..... saya dengar dgn jelas, suara si anak mula berbunyi .... Wah! Cici saya dah bersalin ..... Lebih kurang pukul 2.00 pagi saya mendapat tambahan ahli keluarga baru..... Bangganya!!!!!  Di bawa anaknya ke depan ...... Saya memegang anak itu yang masih berkeadaan basah dan meletakkannya di atas timbunan kain.

Hati saya begitu tersentuh ..... saat itu si ibu menjilat dan membersihkan anaknya tanpa henti ...... si kecil sentiasa berada di dalam pelukannya dan menyusu dgn keadaan yang paling damai dan selamat ....... Saya akhirnya tertidur keranan kepenatan menjadi bidan ..... Entah pukul berapa,  seekor lagi anak dilahirkan  oleh Cici  menjadikan jumlahnya 2 .....

Si ibu terus berada di bawah meja bulat di ruang tamu dpn rumah menjaga dan membelai anak2nya .....Sedikit dia tdk berganjak sehinggalah saya terjaga kembali pada pukul 5 pagi .....Sekitar pukul 5.45 pagi saya kejutkan anak untuk ke sekolah ... Anak saya yang bernama Nurul Hidayah begitu teruja melihat anak2 CICI .... Ketika itulah baru saya tersedar yang CICI telah lama berlapar dan kelihatan amat lemah slps bersalin .... Si dara Nurul Hidayah membawa makanan dan minuman CICI ke depan ....... Kesiannya dia, rupanya separuh malam CICI telah berlapar dan menahan dahaga ... Demi terpandang bekas air dan makanannya, terus dia bangun dan minum ... Namun dia segera kembali ke anak2 untuk menjadi PELINDUNG .... anak2 terus berada dalam dakapannya dan terus menyusu dgn selamat .........

Saya melalui satu lagi siri pengalaman yang amat berharga dalam hidup .... Perasaaan saya bercampur baur menjadi satu ....

Dalam masa yang sama saya amat terharu ...... saya menjadi seorang yang amat simpati .... perasaan sayang saya kpdnya tiada galang gantinya ..... dan yang paling utama saya amat berbangga .......

Dan sekitar  jam 12.15 tgh tadi ..... anakku Iman bagitau, anak CICI ada 4 rupanya ........ CICI oh CICI ............... Iman melaporkan CICI sihat. Anak2 CICI semua sdg menyusu ........


KASIH SAYANG TIADA SEMPADAN .................. Tiada batas waktu, tiada batas pemilik mahupun penerima .......

Isnin, 3 Oktober 2011

Quran Explorer

Quran Explorer

Rabu, 14 September 2011

misyaain amna: andai lelaki tahu

andai lelaki tahu



Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,
lelaki itu tidak semestinya punya segalanya
tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.
Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata,
itu bukan bermakna dia lemah,
tetapi dia sedang mencari kekuatan
untuk terus tabah menyintai lelaki itu.
Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah,
memang dia tidak mampu mengawal perasaannya
tapi percayalah, itulah maknanya
dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.
Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh.
Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang,
semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.
Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan bercakap banyak,
dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,
tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.
Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah,
itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya,
tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik,
bukan untuk dirinya,
tetapi untuk masa depan anda.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda,
bukan bermakna dia tidak sayang..
tetapi dia terlalu sayangkan anda
dan masih menganggap anda anak kecil
yang masih memerlukan sepenuh perhatian.
Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya,
anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi.
Naluri keibuannya sangat kuat.
Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk,
jangan kata dia mengada-ngada.
Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit
atau hadiah sedozen,
tetapi cukup dengan perhatian
yang boleh buat perempuan rasa dihargai.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’,
itu tidak bermaksud dia tidak menyintai
tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya,
bukan hanya hadir dari kata-kata
tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu,
dia benar-benar maksudkannya.
Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu,
jangan percaya kata-katanya
kerana dia hanya mahu menguji kamu.
Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.
Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.
Selagi dia dengan kamu, percayalah,
walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya
tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan menjadi degil,
dia bukan bermaksud untuk menjadi degil
tapi dia mahu melihat
sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya.
Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.
Andai kena caranya,
jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata,
“tolong tinggalkan saya!”,
dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.
Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.
Apabila dia kembali tenang,
percayalah dia akan mencari anda semula.
Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda.
Perempuan sukar untuk mengawal perasaan.
Dia terlalu emosional.
Tapi dialah yang paling menyayangi anda
dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.
Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu
dengan perbezaan yang tersendiri.
Tetapi sekiranya mereka saling memahami,
mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.
Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali.
Di sebalik air matanya,
tersimpan seribu satu kekuatan
yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.
Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah
tapi dia punya kekuatan tersendiri
yang bisa menggoncang dunia
dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.
Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda
kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja
tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda
dan membuatkan hidup anda lebih sempurna.
Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu
yang terbaik untuk anak2 anda.

~BiLA HaTi BeRBiCaRA~: Surat Dari Anak Mak Yang Tak Nakal Lagi

What a meaningful letter ......

~BiLA HaTi BeRBiCaRA~: Surat Dari Anak Mak Yang Tak Nakal Lagi: *Mak….. Terlalu bosan rasanya duduk membilang hari….. Dah hampir sepuluh bulan mak pergi, Rasanya baru semalam mak peluk kiter kan sejuk sy...

Selasa, 6 September 2011

BELASUNGKAWA - DR. LO' LO, SEKADAR YANG SAYA KENALI



17 Sya'ban 1432 H | 18 Julai 2011
Oleh :  Dr. Mohd Asri Zainul Abidin

Saya ingin mencoret sedikit mengenai beliau dengan kadar sedikit yang saya kenal. Saya mulakan dengan apa yang Nabi s.a.w nasihati kita:
“Sesiapa dalam kalangan kamu yang terpaksa memuji saudaranya, maka hendaklah dia berkata: ‘aku menilainya demikian, Allah jua yang menjadi penilainya yang sebenar, aku tidak akan memuji sesiapa atas nama Allah” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Ya, hanya Allah yang mengetahui hakikat kita. Kita menilai apa yang zahir, Allah jua mengetahui apa yang batin. Mungkin apa yang ada di sisi Allah lebih baik dari apa yang kita sangka dan tahu. Demikian juga sebaliknya.

Peringatan Jawatan Mufti
Saya bukan terlalu mengenali Dr Lo’ Lo’. Cuma ada beberapa coretan sekadar yang saya kenal beliau. Saya mula mengenali Dr Lo’ Lo’ sejak sebelum saya menjadi Mufti Perlis lagi. Beliau menghadiri beberapa majlis ucapan saya. Kali terakhir seingat saya di UIA, semasa saya berforum.
Apabila saya ditawarkan menjadi mufti pada tahun 2006, Dr Lo’ Lo’ menghantar email mengingatkan saya tentang bahaya jawatan tersebut. Sebagai anak bekas Mufti Perak, beliau menceritakan pengalamannya. Saya masih simpan peringatan itu.
Antara yang beliau sebut
“..saya juga seorang manusia yang dhaif tetapi saya ingin berkongsi pengalaman kerana pernah hidup sebagai anak mufti dan berkongsi pahit maungnya serta cabaran seorang mufti bagi kerajaan yang tidak mengamalkan Islam sepenuhnya. Banyak kali arwah bapa saya bersungut dan menyatakan kesal kerana nasihat dan pandangannya tidak dipedulikan, keputusan majlis fatwa yang dianggotainya dibuang dalam tong sampah, bagaimana payahnya berhadapan dengan sultan-sultan yang kehidupan mereka dikelilingi dengan pelbagai adat dan kebiasaan yang tidak selaras dengan Islam. Itu belum kira kerenah MB, exco-exco dan YB-YB lagi…itu cerita 30 tahun lalu, saya percaya kini cabaran untuk seorang mufti kerajaan adalah lebih hebat lagi. Saya berdoa agar Dr Asri dipandu untuk memilih keputusan yang terbaik dunia dan akhirat”.
Itulah antara kandungan email beliau. Lahir dari jiwa yang ikhlas terhadap saya dan naluri yang prihatin terhadap agama. Saya merenung kata-katanya ketika itu. Kali ini apabila saya membaca sekali lagi, saya dapat rasakan indahnya kejujuran yang terkandung dalam nasihat itu. Ya, sering kali sesuatu lebih bernilai kita rasakan, apabila empunya telah pergi. Semoga menimbang kata-kata nasihatnya itu sebagai himpunan amalan soleh beliau.
Apabila saya menjadi Mufti Perlis, saya agak terputus dengan beliau. Hanya sekali-sekala beliau bertanya beberapa perkara. Mungkin beliau rasa ketika itu saya rapat dengan pemimpin UMNO.

Selepas Mufti
Apabila berhenti dari jawatan Mufti, pada hari yang berikutnya saya terus ke UK. Di UK, saya sempat bertemu dan berhubung baik dengan anak beliau Saudara Fawwaz yang ketika itu tinggal Manchester. Layanan baik Fawwaz kepada saya dan keluarga ketika melawat dan berceramah di Manchester tidak dapat saya lupakan. Ini menjadikan kembali saya mengingat sikap baik ibunya kepada saya.
Apabila pulang ke Malaysia, kemudian berlaku peristiwa saya ditahan JAIS dan ke mahkamah, ramai pemimpin politik dan NGOs yang hadir. Dr Lo’ Lo’ yang ketika itu uzur juga turut hadir ke mahkamah di Gombak. Sempat saya bercakap dengan beliau. Saya ingat lagi, beliau kata kepada saya:
“Ini ada hikmahnya, ujian dan cabaran, Allah mahu ustaz memimpin rakyat, turut ke medan, bersama-sama mengubah keadaan yang ada”.
Saya diam. Saya akur. Saya tahu beliau jujur. Hati nuraninya yang sayangkan kebaikan dan bencikan kezaliman itu tidak dapat disembunyikan sekalipun di sebalik tubuh yang uzur. Selepas hari itu, agak kerap juga kami bertanya khabar.

Masuk UMNO
Kadang-kala beliau bertanya saya pandangan dalam pelbagai isu agama. Beliau fahami pendirian saya. Beliau saya rasa suka dengan cara apa yang saya faham mengenai beberapa perkara dalam Islam ini. Apabila timbul berita saya akan masuk UMNO, Dr Lo’ Lo’ menghubungi saya dengan tegas. Kata beliau:
“Janganlah ustaz tambahkan sakit saya dengan berita-berita yang macam ini. Saya pernah teramat kecewa apabila Anwar Ibrahim masuk UMNO. Saya harap ustaz tidak mengulangi kesilapan itu. Saya akan amat kecewa jika ustaz membuat tindakan yang sama”.
Saya meminta beliau memberikan masa agar spekulasi itu berakhir lagi dua tiga hari. Beliau terus mengingatkan saya agar jangan tersilap langkah. Keesokannya, barangkali beliau mendengar desus-desas itu makin kuat, maka beliau sms kepada saya dengan tegas, katanya:
“mati hidup semula saya tidak akan mempercayai ustaz lagi jika ustaz masuk UMNO. Apakah ustaz takut kepada cabaran di dunia ini? Atau mengharapkan kedudukan di dunia sehingga sanggup hendak masuk UMNO? Jika ustaz tidak mahu masuk PAS pun, janganlah masuk UMNO”.
Saya simpati dan rasa bersalah memandang beliau uzur. Saya terus bercakap dengannya dengan memberikan jaminan bahawa apa yang beliau khuatiri itu insyaAllah tidak berlaku. Saya beritahu bahawa pimpinan PAS lain, khusus Ketua Dewan Ulama PAS juga telah bercakap dengan saya dan memberikan nasihat. Namun, apabila 40 orang ulama muda masuk UMNO, Dr Lo’ Lo’ sekali lagi berhubung dengan saya dan berkata:
“Tergamak ustaz membiarkan sahabat-sahabat ustaz masuk UMNO, sedangkan saya ini bersusah payah hendak memastikan mereka yang berpegang dengan manhaj al-Quran dan as-Sunnah masuk ke dalam PAS. Jika Tuan Guru Nik Aziz tidak ada nanti, macam manalah perjalanan PAS ini. Ini, ustaz pula biarkan kawan-kawan masuk UMNO”.
Saya diam. Ada perkara yang saya tahu yang mungkin beliau tidak tahu. Begitulah sebaliknya. Apa pun, saya amat berterima kasih, sikap beliau yang sentiasa prihatin kepada perkembangan Islam dan masa depan dakwah. Beliau seorang serikandi, seorang mujahidah, seorang yang jujur dengan keyakinannya.

Kritik PR
Saya tahu, ya kadang-kala apabila saya mengkritik tokoh utama PR, Dr Lo’ Lo’ kurang selesa. Dia akan sms melahirkan ketidakpuasan hatinya. Kadang-kala bahasanya ‘tegas’. Saya sering tersenyum apabila membaca smsnya. Ya, bukan semua perkara kita dapat sama dan seiya sekata. Namun, yang pasti ia adalah kata-kata yang datang dari seorang yang prihatin.
Namun, beliau lama-lama biasa dengan sikap saya yang memberikan pandangan kepada kedua belah pihak. Sebelum muktamar PAS beliau memohon agar saya mewar-warkan semula artikel lama saya ‘Ulama atau professional Jadi Pemimpin’ . Beliau kata, beliau ingin meminta supaya Harakah menyiarkannya semula. Saya tahu aliran pemikiran yang ingin ramaikan professional dalam kepimpinan PAS.

Ziarah Hospital
Apabila saya mendapat berita beliau amat uzur dan berada dalam keadaan kritikal di hospital, saya hubungi Fawwaz. Saya pohon untuk menziarahinya. Saya pergi dengan beberapa orang sahabat, sebahagian mereka ustaz-ustaz. Dr Lo’ Lo’ meminta untuk hanya saya sahaja yang masuk dahulu.

MasyaAllah, saya melihat seorang serikandi mujahidah dalam kedaan yang uzur terbaring di katil. Wajahnya sudah kelihatan bengkak. Pun, begitu masih lagi dengan pakaian muslimahnya. Beliau menangis ketika itu. Dalam celahan itu saya mendengar indahnya kata-kata beliau:
“Ustaz, saya bimbang saya tidak dapat menjadi hamba Allah yang baik”.
Kata-kata itu menusuk ke dalam jantung saya bagaikan cahaya ruhi yang menyelinap masuk ke dalam urat nadi. Ia adalah kata-kata yang lebih murni dari segala lafaz seni, kata-kata yang lahir dari nurani insani yang mendambakan kasih-sayang Allah. Kata-kata yang tidak lahir di saat- demikian melainkan dari jiwa yang sentiasa berhubungan cinta dengan Allah. Demikian penilaian saya. Hakikat yang sebenar kembali kepada Allah.
Kemudian, sempat beliau berpesan kepada saya untuk terus memberikan pandangan kepada PAS dan beliau bersyukur segala usaha beliau dan sahabat-sahabatnya mula melihatkan hasil dalam PAS. Beliau meminta saya tuliskan sebuah puisi untuk beliau. Saya berjanji insyaAllah. Nampaknya, puisi itu akan lahir selepas pemergian beliau.

Ustaz Sampul
Selepas habis berbicara dengan saya, beliau mengizinkan sahabat-sahabat yang bersama saya masuk. Dalam keuzuran yang amat sangat itu, beliau masih sempat memberikan nasihat. Antara yang beliau kata;
“Maaflah saya ingin sebut, ustaz-ustaz ini jangan asyik fikirkan sampul sahaja. Ramai yang rasa selesa, hanya dok berkuliah dalam masjid, selepas itu seronok dapat sampul duit tapi tidak mengambil tahu apa yang berlaku kepada umat; khususnya anak-anak muda kita kat luar sana”.
Ya, itulah kata-kata beliau. Ia amat benar. Itu penyakit yang menimpa ramai yang memakai gelaran ustaz atau‘pendakwah’. Pahit yang terpaksa diakui, bukan sedikit yang fikirannya berlegar kepada wang dalam sampul yang akan menjadi habuan selepas kuliah atau ceramah. Bukan salah. Namun, apabila itu dijadikan buruan, maka ramai yang mengelak diri dari arus dan tribulasi perjuangan. Kata-kata Dr Lo’ Lo’ itu terbit dari hati nurani seorang daiyah (pendakwah). Bukan singkat masa beliau menelusuri pengalaman dan perjuangan.
Ya, beliau banyak di medan politik. Sebahagian ijtihad siyasi dan pandangan politiknya mungkin berbeza dengan saya. Namun, saya tetap hormati jasa dan sumbangannya. Zahir pada kehidupan sebagai seorang muslimah dan mujahidah. Berjuang membela keyakinannya mengenai Islam dan keadilan.

Sebagai seorang sahabat dan insan yang masih hidup atas bumi ini, saya hanya mampu berdoa untuknya agar dilimpahi rahmat dan keampunan, kemudian meneruskan perjalanan hidup ini sehingga sampai ke destinasi seperti mana beliau pun telah menamatkannya.



Khamis, 25 Ogos 2011

khairun kirmizi: KENAPA DIA BERJAYA SEDANGKAN DIA TIDAK BERSOLAT

khairun kirmizi: KENAPA DIA BERJAYA SEDANGKAN DIA TIDAK BERSOLAT

UJIAN ITU NIKMAT: Sayang Janji Pada Abang Ya....(cerpen terbaik)

UJIAN ITU NIKMAT: Sayang Janji Pada Abang Ya....(cerpen terbaik)

UJIAN ITU NIKMAT: Setia Sampai Kemati..(kisah benar)

UJIAN ITU NIKMAT: Setia Sampai Kemati..(kisah benar)

Rabu, 24 Ogos 2011

UJIAN ITU NIKMAT: Isteri Gersang VS Suami Kontang

UJIAN ITU NIKMAT: Isteri Gersang VS Suami Kontang

Ahad, 5 Jun 2011

Daripada Abu Hurairah r. a, bahawasanya Rasullullah SAW telah bersabda, maksudnya:
“Jika ada seseorang berkata: “Orang ramai sekarang ini sudah rosak”, maka orang yang berkata itu sendiri yang paling rosak di antara mereka.” H. R. Muslim
Penerangan Hadis: Iman Nawawi ketika menulis hadis ini dalam kitab Riyadhus Shalihin, beliau memberi penjelasan seperti berikut:
“Larangan semacam di atas itu (larangan berkata orang ramai sudah rosak) adalah untuk orang yang mengucapkan sedemikian dengan tujuan rasa bangga pada diri sendiri (‘ujub) sebab dirinya tidak rosak, dan dengan tujuan merendahkan orang lain dan merasa dirinya lebih mulia daripada mereka. Maka yang demikian ini HARAM”.
“Adapun orang yang berkata seperti itu kerana ia melihat kurangnya perhatian orang ramai terhadap agama mereka serta didorong oleh perasaan sedih melihat yang di alami oleh mereka dan timbul daripada perasaan cemburu terhadap agama, maka perkataan ini tiada salahnya”.
Hadis ini boleh menjadi peringatan kepada kita semua semasa membincang dan menghuraikan masalah-masalah umat Islam sekarang ini. Maka apabila kita membincangkan masalah-masalah umat Islam dewasa ini maka janganlah kita merasa ‘ujub dengan diri kita sendiri, bahkan hendaklah kita menegur diri kita masing-masing dan jangan suka menuduh orang lain.
Walaupun hal kerosakan moral umat Islam dewasa ini diketengahkan biarlah pendedahan itu dalam bentuk yang sihat, dengan perasaan yang penuh belas kasihan dan rasa cemburu terhadap ugama, bukan dengan perasaan bangga diri dan memandang rendah kepada orang lain.
Tidak salah membincangkan kerosakan yang berlaku, namun jangan sampai menganggap diri kita ‘perfect’ dan orang lain tidak setanding dengan kita.
Mudah-mudahan ALLAH swt. dengan limpah kurnia Nya memberikan kepada kita rahmat, taufiq dan hidayah. Amin ........

(Dicopy dr blog nursyirah wordpress)

Isnin, 23 Mei 2011

Benteng Hati ...

Pagi ini ketika aku melangkah masuk ke kereta entah mengapa hati menjadi sayu .... masih terkesan dengan kisah tragedi tanah runtuh rumah anak yatim di Hulu Langat .... hati ini memang tidak tahan menatap foto2 yang disiarkan di akhbar2 mahupun yg di internet.... sukar untuk membayangkan jika ini berlaku kepada ahli keluarga sendiri. Salam penuh takziah kepada seluruh ahli keluarga yang terlibat. Buat2 anak yg terkorban, semoga ALLAH melimpahkan segala rahmat dan keampunan buat kalian semua......


Kadang-kadang kita tdk dpt membayangkan atau tidak pernah pun terfikir jika sebarang tragedi terjadi kepada kita ... Bagaimanakah persediaan kita dari segi fizikal dan mental ..... Kuatkah kita menghadapi tiap ujian ALLAH.  Kekuatan hanya datang dan dapat diketahui malah dirasai tatkala hanya itu sahajalah pilihan yang kita ada untuk meneruskan kehidupan.

Syukurlah.... semenjak bertemankan IKIM fm, benteng2 ketabahan dan kekuatan telah mula terbina dalam diri ini... Motivasi terbentuk menjadi pendinding hati ... Aku bukanlah insan yang terlalu sempurna dan terbaik .... Tetapi aku selalu berusaha meningkatkan kualiti hidup ini samada secara fizikal mahupun spiritual ...... Aku selalu berdoa agar ALLAH mengurniakan kekuatan hati kepadaku ... tanpa hati yang kuat, banyak perkara dalam hidup akan menjadi kucar-kacir kerana hati manusia itu sering berbolak balik ..... Aku minta hati ini kuat dan tabah. Biarlah dia berada di landasan yang betul. Aku juga memohon agar HIDAYAH dari ALLAH selalu diberikan dalam hidup biar dia dapat menyuluh sisi-sisi gelap di dalam hati....

Aku telah lama belajar menjadi manusia yang tabah dan redha ..... Aku juga tidak mahu berkeluh kesah mengenai kehidupan .... Aku hanya ingin kuat dan tabah. Selalu kuyakinkan diri ini bahawa semakin banyak ujian yang datang dalam hidup, itu tandanya ALLAH amat menyayangi kita. Syukurlah kerana kita yang dipilih untuk menerima ujian-ujianNYA. Yang penting HATI mesti kuat kerana ujian ini datang dalam keadaan yang tidak kita duga .... Ada ketikanya keluarga menjadi Ujian buat kita ..... Ada kalanya kita kaya dengan wang ringgit, tetapi kita miskin kasih sayang dalam keluarga..... Ada ketikanya pula, kita punya keluarga yang dikurniakan ALLAH dengan penuh sifat kasih sayang, tetapi wang  selalu menjadi pokok persoalan utama dlm hidup ....


Justeru hati memang selalu perlu kuat ...... lebih lebih lagi jika kita wanita yang bergelar isteri .... Banyak perkara yang mesti diperhatikan dalam perkahwinan. Ingat ... AGAMA dan EKONOMI harus berjalan seiring tatkala jika kita ingin berada di alam itu .... Perkahwinan satu alam yang penuh misteri .... Tidak bisa digambarkan dengan bahasa manusia .... Satu kehidupan yang harus ditempuhi dan dilalui seusia hidup bersama pasangan yang telah kita pilih kecuali jika MAUT yang akan memisahkan dua jiwa ........atau jika takdir telah tersurat bahawa PERPISAHAN HIDUP adalah jalan yang harus dipilih untuk kebaikan ....

(akan disambung lagi .........)

Rabu, 4 Mei 2011

SELAMAT HARI IBU ....

Semenjak bergelar ibu 12 tahun yang lalu .......... hadirnya hari ibu bagai menyentak emosi kewanitaan ku .... betapa besarnya rahmat yang ALLAH kurniakan pada insan bergelar ibu. Nikmat menjadi ibu tidak dapat ditukar ganti dengan wang ringgit. Tidak dapat dinilai dengan perkataan. Tidak dapat dirasa seperti kita lalui kisah-kisah biasa dalam hidup.


Dalam payah mengendong perut selama 9 bulan
hati tak pernah bosan
sakit menjadi ibu terasa manis
tatkala menatap seraut wajah comel
berjaga malam hati tidak pernah mengeluh
saat tubuh kecil menderita demam panas
hati ibu risau bukan kepalang

saat mulut sicomel bisa menukilkan panggilan keramat
'ibu, mama, umi, emak'
walau dalam nada pelat
itulah saat paling manis dalam hidup seorang wanita
lebih indah dari segala panggilan yang pernah
hadir dicorong telinga sekalian wanita

di saat sicomel melalui transformasi kehidupan
setiap saat ibu mahu sering berada di sisi si comel
mahu mencatat dan merakam setiap detik indah
yang dilalui
biar menjadi kenangan abady buat si comel

bila masa berganti masa
si comel makin meniti kedewasaa
saat hari pertama si comel melangkah ke tahun 1
hati ibu risau memikirkkan
anak yang berada di dunia baru
segalanya bermain di emosi - bagaimanakah anakku ....
membeli makanan di kantin
di kelas
rupanya bukan mudah emosi seorang ibu

saat sicomel menduduki peperiksaan
risau ibu melebihi segalanya
andai diberi peluang
biar ibu duduk menjadi pengganti

namun doa ibu tidak putus
mengiringi langkah si comel ke dewan peperiksaan
di mana ibu berada, rohaniah ibu sentiasa menemani comel
biar tenng menjawab

remajanya si comel saat paling getir buat ibu
si comel tidak pantas digelar comel lagi
dia kini telah menjadi remaja hebat
remaja dengan dunia keremajaan yang tersendiri
ibu pernah lalui zaman itu
justeru ibu memahami yang bersarang di hati remaja mu ....

ibu hanya ingin menjadi rakan hebat
menjadi pendengar terbaik
menjadi penawar segalah duka
menjadi penapis diary hidup
menjadi pelengkap yang terkurang
menjadi penambah jika sedikit


menjadi ibu .... resah tidak pernah putus
menjadi ibu .....  risau tidak pernah habis
menjadi ibu ...... iman perlu kukuh
menjadi ibu .... pekerti perlu elok

seorang wanita bergelar ibu
besarNYA rahmat yang menantimu........

Selamat Hari Ibu ............

selamat hari ibu buat mak, Rokiah bt Ahmad. Semoga mak dikurniakan kesihatan
yang baik, dirahmati ALLAH, sentiasa mendapat nauganNYA ....... amin ....

tiada yang istimewa buat mak..... hanya doa aje yang anak mak mampu dan terdaya ........