? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

EPILOG KASIH TANPA SUARA

Ketika hati bersedih, kita perlu memilih. Pilihlah untuk senyum walaupun kita memiliki sebab untuk muram. Pilihlah untuk bangkit, walaupun kita telah jatuh dan malu. Pilihlah untuk sabar dan redha walaupun kita ada alasan untuk kecewa.



Rabu, 23 Februari 2011

Motivasi Cinta


1. Cinta abadi perlu berteraskan iman. Kukuhkan hubungan dengan Allah bagi mengeratkan hubungan dengan pasangan. Dirikan ibadah dengan sempurna.

2. Cinta sejati tidak pernah rasa sunyi walaupun pasangan tidak ada di sisi. Perasaan cinta, gambaran kekasih, kenangan manis dan harapan yang positif menjadi teman dikala sendirian.

3. Cinta abadi lebih memberi tumpuan kepada perasaan berbanding kebendaan. Apabila wanita rasa disayangi, perkara lain tidak penting baginya. Ibarat rumah kecil terasa seperti istana.

4. Cinta abadi sentiasa hormat menghormati. Hormati keunikan dan karenah pasangan kita. Jangan sesekali sombong dengan pasangan. Cari penyelesaian menang menang.

5. Cinta abadi sentiasa membuat penyesuaian dan mencari keserasian. Sebenarnya kita mudah membuat sesuatu ataupun berkorban untuk orang lain berbanding untuk diri sendiri.

6. Cinta sejati menyakini bahawa orang yang ALLAH kurniakan menjadi pasangan kita adalah orang yang terbaik bagi kita, walaupun ramai orang yang mungkin lebih baik daripadanya.

7. Cinta abadi gigih menempuh ujian. Setiap ujian yang ditempuh mengeratkan lagi hubungan. Cari hikmah bagi setiap ujian yang ditempuh.

8. Cinta abadi tidak jumud. Cari pelbagai cara kreatif untuk mempamerkan dan menyemarakkan kasih sayang kepada pasangan. Bentuk kegiatan positif setiap hari.

9. Cinta abadi lebih banyak memberi daripada menerima. Renungkan apa yang masih belum kita lakukan untuk pasangan kita. Ingat kita pasti dapat balasan yang berlipat kali ganda.

10. Cinta abadi sentiasa prihatin pada gerak hati wanita. Lelaki yang cemerlang menghormati pandangan pasangannya mengenai kasih sayang dan aspek kehidupan lain.

11.Cinta abadi membentuk rasa selamat. Jangan cuba mengubah ataupun memaksa pasangan. Ubah diri menjadi lebih cemerlang supaya pasangan dapat berubah.

12. Cinta abadi terbentuk bersendikan kejujuran. Tidak patut ada penipuan dan kepalsuan dalam memupuk cinta sejati. Jangan ada dusta antara pasangan.

13. Cinta abadi tidak pernah berdendam. Maafkan pasangan dengan ikhlas setiap malam sebelum tidur. Kemaafan mencuci hati dan minda, menyembuhkan penyakit, mencantikkan wajah dan memakbulkan doa dan menarik hidayah ALLAH.

14. Cinta abadi adalah proses pembelajaran yang berterusan. Didik, nasihat dan berpesan kepada pasangan dari semasa ke semasa. Jangan biarkan pasangan kita membuat kesilapan.

15. Cinta abadi sentiasa diberkati. Bersihkan sumber rezeki dan berterusan doa mendoakan antara satu sama lain. Zakat, sedekah dan bantuan kepada orang lain membawa keberkatan.

16. Cinta abadi menghormati perbezaan antara dua insan yang disatukan. Perbezaan yang wujud berfungsi melengkapkan  dan mengimbangi  kekurangan  antara satu sama lain.

17. Cinta abadi sentiasa mempunyai harapan setiap perkara yang dilalui bertambah baik. Ujian menyebabkan kita insaf, bersyukur dan lebih rapat dengan pasangan.

18. Cinta abadi meletakkan hak pada tempatnya. Kita sentiasa menghormati hak, peranan dan tanggungjawab pasangan. Fokus pada usaha memberi daripada menerima.

19. Cinta abadi sentiasa berubah secara positif. Setiap perubahan positif walaupun kecil membawa perubahan yang bermakna dalam hubungan antara dua insan. Bila kita berubah, pasangan kita juga pasti berubah.

20. Cinta abadi tidak berdebat mengenai siapa menang dan siapa kelah. Pasangan yang berkasih sayang sentiasa memikirkan pendekatan di mana ke dua-dua pihak menang.

21.  Cinta abadi sentiasa bertanggungjawab. Cuba buat senarai semak mengenai apa yang perlu kita lakukan bagi memupuk kasih sayang dan memotivasikan pasangan.

22. Cinta abadi sentiasa berhikmah dan berdiplomasi. Berikan tujuh penghargaan ataupun pujian sebelum menyebut satu teguran. Elakkan melukakan hati pasangan dengan sengaja.

23. Berdoa dan yakin cinta kita kekal hingga ke akhir hayat dan bersambung di alam akhirat.

24. Cinta sejati tidak memaksa pasangan mengalah demi mendamaikan keadaan. Bila pasangan terpaksa mengalah, hati akan terguris dan hubungan terancam pada jangka panjang.

25. Cinta sejati sentiasa mencari kebaikan pasangan dan tidak memberi tumpuan pada kelemahan dan keburukan pasangan. Ingat kita pun banyak kelemahan dan kekurangan.

26. Cinta sejati memerlukan seseorang menjadi cermin kepada pasangan. Tanpa bantuan cerimn, kita sukar mengenal pasti apa yang buruk tentang diri kita.

27. Cinta sejati sentiasa bertolak ansur atas semua perkara yang perlu. Tiada paksaan yang tidak munasabah dalam cinta sejati.

28. Cinta sejati sentiasa dibaluti takwa. Kedua-dua pasangan sentiasa berdoa dan berusaha supaya tidak tewas oleh godaan syaitan dan runtuhan nafsu.

29. Cinta sejati mudah redha dan bersyukur serta tidak mengharapkan sesuatu yang luar biasa ataupun  di luar kemampuan pasangan bagi mengadakannya.

30. Cinta sejati tidak pernah berlumba ataupun mencari siapa yang salah ataupun betul. Apa yang penting adalah kebahagian pasangan.



(akan disambung lagi) semoga catatan yang tidak seberapa ini yang saya petik dari buku Petua Membentuk Cinta Abadi hasil karya Dato' Dr. Mohd Fadzilah Kamsah akan memberi manfaat kepada kita semua. Yang baik itu datangnya dari Allah, yang buruk itu dari kelemahan saya sendiri .....

Rabu, 16 Februari 2011

Hikmah Berbakti Kepada Kedua Orang Tua

Selain seorang nabi, Sulaiman a.s. juga seorang raja terkenal. Atas izin Allah ia berhasil menundukkan Ratu Balqis dengan jin ifrit-Nya. Dia dikenal sebagai manusia boleh berdialog dengan segala binatang. Dikisahkan, Nabi Sulaiman sedang berkelana antara langit dan bumi hingga tiba di satu samudera yang bergelombang besar. Untuk mencegah gelombang, ia cukup memerintahkan angin agar tenang, dan tenang pula samudera itu.

Kemudian Nabi Sulaiman memerintahkan jin Ifrit menyelam ke samudera itu sampai ke dasarnya. DI sana jin Ifrit melihat sebuah kubah dari permata putih yang tanpa lubang, kubah itu diangkatnya ke atas samudera dan ditunjukkannya kepada Nabi Sulaiman.Melihat kubah tanpa lubang penuh permata dari dasar laut itu Nabi Sulaiman menjadi terlalu hairan, "Kubah apakah gerangan ini?" fikirnya. Dengan minta pertolongan Allah, Nabi Sulaiman membuka tutup kubah.

Betapa terkejutnya dia begitu melihat seorang pemuda tinggal di dalamnya."Sipakah engkau ini? Kelompok jin atau manusia?" tanya Nabi Sulaiman kehairanan."Aku adalah manusia", jawab pemuda itu perlahan.
"Bagaimana engkau boleh memperolehi karomah semacam ini?" tanya Nabi Sulaiman lagi. Kemudian pemuda itu menceritakan riwayatnya sampai kemudian memperolehi karomah dari Allah boleh tinggal di dalam kubah dan berada di dasar lautan.

Diceritakan, ibunya dulu sudah tua dan tidak berdaya sehingga dialah yang memapah dan menggendongnya ke mana jua dia pergi. Si anak selalu berbakti kepada orang tuanya, dan ibunya selalu mendoakan anaknya. Salah satu doanya itu, ibunya selalu mendoakan anaknya diberi rezeki dan perasaan puas diri. Semoga anaknya ditempatkan di suatu tempat yang tidak di dunia dan tidak pula di langit.

"Setelah ibuku wafat aku berkeliling di atas pantai. Dalam perjalanan aku melihat sebuah terbuat dari permata. Aku mendekatinya dan terbukalah pintu kubah itu sehingga aku masuk ke dalamnya." Tutur pemuda itu kepada Nabi Sulaiman.Nabi Sulaiman yang dikenali boleh berjalan di antara bumi dan langit itu menjadi kagum terhadap pemuda itu.

"Bagaimana engkau boleh hidup di dalam kubah di dasar lautan itu?" tanya Nabi Sulaiman ingin mengetahui lebih lanjut."Di dalam kubah itu sendiri, aku tidak tahu di mana berada. Di langitkah atau di udara, tetapi Allah tetap memberi rezeki kepadaku ketika aku tinggal di dalam kubah."

"Bagaimana Allah memberi makan kepadamu?"
"Jika aku merasa lapar, Allah menciptakan pohon di dalam kubah, dan buahnya yang aku makan. Jika aku merasa haus maka keluarlah air yang teramat bersih, lebih putih daripada susu dan lebih manis daripada madu.""Bagaimana engkau mengetahui perbedaan siang dan malam?" tanya Nabi Sulaiman a.s yang merasa semakin hairan."Bila telah terbit fajar, maka kubah itu menjadi putih, dari situ aku mengetahui kalau hari itu sudah siang. Bila matahari terbenam kubah akan menjadi gelap dan aku mengetahui hari sudah malam." Tuturnya.

Selesai menceritakan kisahnya, pemuda itu lalu berdoa kepada Allah, maka pintu kubah itu tertutup kembali, dan pemuda itu tetap tinggal di dalamnya. Itulah keromah bagi seorang pemuda yang berbakti kepada kedua orang tuanya.

Ahad, 13 Februari 2011

February ......



Sekuntum Mawar Merah
Sebuah Puisi
Untuk Gadis Pilihan Hati
Di Bulan Februay .............

Apa yang istimewanya bulan February???? February sememangnya bulan yg istimewa bagiku ... bukan kerana menyambut Hari Kasih Sayang ..... Setiap saat, setiap hari hidup ini sentiasa dipenuhi dengan kasih sayang. Tidak perlu menunggu hari2 tertentu untuk aku mencurahkan erti kasih sayang.

Apa yang istimewanya ...... Mungkin kebetulan atau aku memang pandai merancang ....Hadirnya February  bermakna aku akan menyambut hari ulangtahun kelahiran bukan sahaja buat diri sendiri, tetapi turut diraikan bersama suami tercinta dan juga anak yang dikasihi ..... Kami berkongsi bulan kelahiran yang sama ..... Itulah istimewanya February buatku .... 3 dalam 1 ... Dan arwah permata hati sulungku juga lahir pada bulan February ....... Kebetulan yang tidak dijangkakan ...

Semoga February dilimpahi dengan penuh kasih sayang buat kami sekeluarga .....

Tarikh istimewa yang  aku   kongsi bersama ..........

1 Feb - arwah permata hati sulung (Nurhayati Bt Rosli)

19 Feb - aku

22 Feb - my girl - Nurul Hidayah Hanis Bt Rosli

25 Feb - my luv - Rosli Bin Haji  Ahmad


Semoga kami sentiasa dirahmati  Allah. Diperkuatkan iman dan takwa dihati kami. Dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan yang baik, diperlihara hati kami agar sentiasa berdiri di atas landasan yang benar, dijauhkan kami dari segala kesesatan hati ....

Ahad, 6 Februari 2011

Maafkan cikgu

MAAFKAN CIKGU ....................


Saya mengajar di sekolah rendah di tengah2 bandaraya Kuala Lumpur. Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah. Kasut dan bajunya selalu kotor. Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri.

Saya masih bersabar dengan keadaan pakainnya, tetapi kesabaran saya tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat. Pada mulanya saya hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata2 kecuali anggukkan yang seolah2 dipaksa. Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokannya. Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat. Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untuk dirotan. Airmata saja yang jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya.

Keesokan harinya dia masih juga lambat, dan saya memukulnya lagi. Namun dia masih tetap datang ke sekolah dan masih tetap lambat. Begitulah sikapnya setiap hari.

Suatu hari saya bercadang untuk mengintipnya ke rumahnya. Setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya. Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan tidak berapa jauh dari sekolah. Keadaan rumahnya sangat daif. Saya nampak murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya dalam keadaan gelisah. Seorang wanita yang mungkin ibunya juga kelihatan gelisah.

Lebih kurang pukul 1.30 seorang anak lelaki sedang berlari2 sekuat hati menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya. Sampai di depan rumah baju dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas memakainya. Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah berlari ke arah sekolah.

Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan. Saya memanggil anak itu sambil menahan airmata yang mula bergenang.


Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh. Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi??

Dia terkejut dan wajahnya berubah.
Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain. Itu saja baju dan kasut yang ada. Maafkan saya, cikgu.?Jawabnya

Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul kamu??
Mak pesan, jangan meminta2 pada orang, jangan ceritakan kemiskinan kita pada orang. Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung.

Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk anak itu, maafkan cikgu, ya?

Kejadian itu cukup menginsafkan saya. Selepas itu saya cuba membantunya setakat yang mampu.

Sekadar Catatan :

Betapa aku bersyukur dengan rahmat yang Allah berikan padaku dan keluarga. Alhamdulillah, walaupun tidak mewah ... aku  dan anak2 cukup makan, pakai. Anak tetap ke sekolah dalam keadaan yang sempurna. Cukup pakaian untuk tukar ganti ..... Betapa aku dan anak2 amat bertuah !!!!
Moga cerita begini akan beri pengajaran kepada kita.... Ingat, jika kita susah, ada insan lain yang lebih susah dari kita.....

Cerita2 begini membantu melembutkan hati yang keras. Kata seorang guru, sekiranya hati kita mula keras lembutkanlah dengan perkara2 berikut;

i. Solat sunat
ii. puasa sunat
iii. berzikir
iv. bersedekah
v. mengusap rambut anak yatim
vi. mendengar cerita2 kesusahan orang lain

Suatu Saat Nanti .....

Berhadapan dengan perpisahan adalah saat yang paling menyedihkan dalam hidup setiap insan .... Samada rela ataupun tidak, perpisahan pasti terjadi ....... Biar atas apapun alasannya, perpisahan yang berlaku atas nama kematian amat memilukan ... apalagi jika kehilangan orang yang kita kasih dalam hidup.

Setiap insan pasti tidak mahu menempuh perpisahan.... tapi kita harus menyediakan ruang yang cukup buat hati untuk belajar menerima hakikat tersebut .... Didik hati supaya kita tidak terkejut andai terpaksa melalui saat2 pahit itu dalam hidup kelak.

Tidak pernah dalam hidup ini aku mengimpikan perpisahan apalagi  kehilangan insan-insan tersayang dalam hidup ..... Percayalah .... MATI tidak ada sempada masa dan usia... Tua atau muda, suatu hari nanti kita dan insan-insan kesayangan pasti  dijemput ......

Aku hanya memikirkan, bagaimanakah perasaan orang yang pernah melalui dan merasai kehilangan .....

Alangkah payahnya ...... sebuah kehilangan !!!!