Lebih hebat menanggung rindu pada sang kekasih. Lebih menyakitkan dari putus cinta .... Segalanya bagai tidak kena. Sepanjang hari terkenang .... Sepanjang malam teringat .... Hebatnya bila berjauhan dari seseorang bergelar anak. Lebih hebat dari zaman percintaan 20 tahun lampau. Serba menyakitkan.
Tapi alhamdulillah .... selepas sebulan masa berlalu .... ibu tau anak ibu ni dah dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan di mahad. Tiada lagi kebimbangan yang bersarang di hati ibu..... Tidak lagi ibu pening memikirkan bagaimana Amir di sana ....
Mampukah Amir membasuh dan menggosok baju sendiri tanpa bantuan ibu kerana ibu tahu 2 perkara ni tak pernah anak ibu buat langsung semasa di rumah...
Mampukah Amir bangun seawal jam 4 pagi kerana ibu tau anak ibu ni amat liat nk bangun pagi ..... kalo nak sahur tu sampai terpaksa ibu jadi tarzan baru nk bangun .
Ibu sentiasa bimbangkan tentang pakaian Amir. Sempatkah Amir basuh... gosok. Dan yang lebih membimbangkan lagi, tak hilang ke baju Amir ...... baru 2 minggu di mahad, Amir bgtau seluar track hilang 2, seluar baju melayu hilang ..... Ya Allah..... pening dan bimbangnya ibu kalo2 duit yang ibu bekalkan pulak yang hilang.... apa pulak yang anak ibu ni nak makan.
Tapi syukurlah .... ibu dah lega.... Ibu doakan yang terbaik buat Amir di sana. Moga diangkat doa ibu di Arasy Ilahi Amir diberi segala macam kekuatan dan ketabahan di mahad. Moga Amir dapat menghafal Al Quran dengan baik, menjadi anak yang hebat .... berjaya di dunia dan akhirat. Moga dengan bacaan dan hafalan Amir tu akan membantu ibu dan ayah di akhirat kelak.....
Sejuk perut ibu mengandung .....

