? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

EPILOG KASIH TANPA SUARA

Ketika hati bersedih, kita perlu memilih. Pilihlah untuk senyum walaupun kita memiliki sebab untuk muram. Pilihlah untuk bangkit, walaupun kita telah jatuh dan malu. Pilihlah untuk sabar dan redha walaupun kita ada alasan untuk kecewa.



Khamis, 27 Januari 2011

Seratus Langkah


100 Langkah ……
01. Bersyukur apabila mendapat nikmat
02. Sabar apabila mendapat kesulitan
03. Tawakal apabila mempunyai rencana/program
04. Ikhlas dalam segala amal perbuatan
05. Jangan membiarkan hati dalam kesedihan
06. Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan
07. Jangan putus asa dalam menghadapi kesulitan
08. Jangan irihati dengan kekayaan orang
09. Jangan hasad dan iri atas kejayaan orang
10. Jangan sombong kalau memperoleh kesuksesan
11. Jangan tamak kepada harta
12. Jangan terlalu ego akan sesuatu kedudukan
13. Jangan hancur kerana kezaliman
14. Jangan goyah kerana fitnah
15. Jangan berkeinginan terlalu tinggi yang melebihi kemampuan diri
16. Jangan campuri harta dengan harta yang haram
17. Jangan sakiti ayah dan ibu
18. Jangan usir orang yang meminta-minta
19. Jangan sakiti anak yatim
20. Jauhkan diri dari dosa-dosa yang besar
21. Jangan membiasakan diri melakukan dosa-dosa kecil
22. Banyak berkunjung ke rumah Allah (masjid)
23. Lakukan sholat dengan ikhlas dan khusyuk
24. Lakukan sholat fardhu di awal waktu, berjamaah di masjid
25. Biasakan sholat malam
26. Perbanyak dzikir dan do'a kepada Allah
27. Lakukan puasa wajib dan puasa sunat
28. Sayangi dan hormati fakir miskin
29. Jangan ada rasa takut kecuali hanya kepada Allah
30. Jangan marah berlebih-lebihan
31. Cintailah seseorang dengan tidak berlebih-lebihan
32. Bersatulah karena Allah dan berpisahlah kerana Allah
33. Berlatihlah konsentrasi fikiran
34. Penuhi janji apabila telah diikrarkan dan mintalah maaf apabila karena sesuatu sebab tidak dapat dipenuhi
35. Jangan mempunyai musuh, kecuali dengan iblis/syaitan
36. Jangan percaya ramalan manusia
37. Jangan terlampau takut miskin
38. Hormatilah setiap orang
39. Jangan terlampau takut kepada manusia
40. Jangan sombong, takabur dan degil
42. Berlakulah adil dalam segala urusan
43. Biasakan istighfar dan taubat kepada Allah
44. Bersihkan rumah dari patung-patung berhala
45. Hiasi rumah dengan bacaan Al-Quran
46. Eratkan hubuangan silaturrahim
47. Tutup aurat sesuai dengan petunjuk Islam
48. Berkata-kata pada perkara yang perlu
49. Beristeri/bersuami kalau sudah siap segala-galanya
50. Hargai waktu, disiplin waktu dan manfaatkan waktu
51. Biasakan hidup bersih, tertib dan teratur
52. Jauhkan diri dari penyakit-penyakit bathin
53. Sediakan waktu untuk santai dengan keluarga
54. Makanlah secukupnya tidak kekurangan dan tidak berlebihan
55. Hormatilah kepada guru dan ulama
56. Sering-sering bershalawat kepada nabi saw
57. Cintai keluarga nabi saw
58. Jangan terlalu banyak hutang
59. Jangan terlampau mudah berjanji
60. Selalu ingat akan saat kematian dan sedar bahawa kehidupan dunia adalah kehidupan sementara
61. Jauhkan diri dari perbuatan-perbuatan yang tidak bermanfaat seperti (membebel) yang tidak berguna
62. Bergaullah dengan orang-orang soleh
63. Sering bangun di penghujung malam, berdoa dan beristighfar
64. Lakukan ibadah haji dan umrah apabila sudah mampu
65. Maafkan orang lain yang berbuat salah kepada kita
66. Jangan dendam dan jangan ada keinginan membalas kejahatan dengan kejahatan lagi
67. Jangan membenci seseorang karena fahaman dan pendiriannya
68. Jangan benci kepada orang yang membenci kita
69. Berlatih untuk berterus terang dalam menentukan sesuai pilihan
70. Ringankan beban orang lain dan tolonglah mereka yang mendapatkan kesulitan
71. Jangan melukai hati orang lain
72. Jangan membiasakan berkata dusta
73. Berlakulah adil, walaupun kita sendiri akan mendapatkan kerugian
74. Jagalah amanah dengan penuh tanggung jawab
75. Laksanakan segala tugas dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan
76. Hormati orang lain yang lebih tua dari kita
77. Jangan membuka aib orang lain
78. Lihatlah orang yang lebih miskin daripada kita, lihat pula orang yang lebih berprestasi dari kita
79. Ambilah pelajaran dari pengalaman orang-orang arif dan bijaksana
80. Sediakan waktu untuk merenung apa-apa yang sudah dilakukan
81. Jangan sedih karena miskin dan jangan sombong karena kaya
82. Jadilah manusia yang selalu bermanfaat untuk agama, bangsa dan negara
83. Kenali kekurangan diri dan kenali pula kelebihan orang lain
84. Jangan membuat orang lain menderita dan sengsara
85. Berkatalah yang baik-baik atau tidak berkata apa-apa
86. Hargai prestasi dan pemberian orang
87. Jangan habiskan waktu untuk sekedar hiburan dan kesenangan
88. Akrablah dengan setiap orang, walaupun yang bersangkutan tidak menyenangkan
89. Sediakan waktu untuk berolahraga yang sesuai dengan norma-norma agama dan kondisi diri kita
90. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan fisikal atau mental kita menjadi terganggu
91. Ikutilah nasihat orang-orang yang arif dan bijaksana
92. Pandai-pandailah untuk melupakan kesalahan orang dan pandai-pandailah untuk melupakan jasa kita
93. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan orang lain terganggu dan jangan berkata sesuatu yang dapat menyebabkan orang lain terhina
94. Jangan cepat percaya kepada kekurangan/keburukan teman kita sebelum dipastikan kebenarannya
95. Jangan menunda-nunda pelaksanaan tugas dan kewajiban
96. Sambutlah huluran tangan setiap orang dengan penuh keakraban dan keramahan dan tidak berlebihan
97. Jangan memaksa diri untuk melakukan sesuatu yang diluar kemampuan diri
98. Waspadalah akan setiap ujian, cobaan, godaan dan tentangan. Jangan lari dari kenyataan kehidupan
99. Yakinlah bahwa setiap kebajikan akan melahirkan kebaikan dan setiap kejahatan akan melahirkan kerosakan
100. Jangan sukses di atas penderitaan orang dan jangan kaya dengan memiskinkan orang

Rabu, 26 Januari 2011

Suara Hati Ibu


Lebih hebat menanggung rindu pada sang kekasih. Lebih menyakitkan dari putus cinta .... Segalanya bagai tidak kena. Sepanjang hari terkenang .... Sepanjang malam teringat .... Hebatnya bila berjauhan dari seseorang bergelar anak. Lebih hebat dari  zaman percintaan 20 tahun lampau. Serba menyakitkan.

Tapi alhamdulillah .... selepas sebulan masa berlalu .... ibu tau anak ibu ni dah dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan di  mahad. Tiada lagi kebimbangan yang  bersarang di hati ibu..... Tidak lagi ibu pening memikirkan bagaimana Amir di sana ....

Mampukah Amir  membasuh  dan menggosok baju sendiri tanpa bantuan ibu kerana ibu tahu 2 perkara ni tak pernah anak ibu buat langsung semasa di rumah...

Mampukah Amir bangun seawal jam 4 pagi kerana ibu tau anak ibu ni amat liat nk bangun pagi ..... kalo nak sahur tu sampai terpaksa ibu jadi tarzan baru nk bangun .
Ibu sentiasa bimbangkan tentang pakaian Amir. Sempatkah Amir basuh... gosok. Dan yang lebih membimbangkan lagi, tak hilang ke baju Amir ...... baru 2 minggu di mahad, Amir bgtau seluar track hilang 2, seluar baju melayu hilang ..... Ya Allah..... pening dan bimbangnya ibu kalo2 duit yang ibu bekalkan pulak yang hilang.... apa pulak yang anak ibu ni nak makan.


Tapi syukurlah .... ibu dah lega.... Ibu doakan yang terbaik buat Amir di sana. Moga diangkat doa ibu di Arasy Ilahi  Amir  diberi segala macam kekuatan dan ketabahan di mahad. Moga Amir dapat menghafal Al Quran dengan baik, menjadi anak yang hebat .... berjaya di dunia dan akhirat. Moga dengan bacaan dan hafalan Amir tu akan membantu ibu dan ayah di akhirat kelak.....

Sejuk perut ibu mengandung .....