? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

EPILOG KASIH TANPA SUARA

Ketika hati bersedih, kita perlu memilih. Pilihlah untuk senyum walaupun kita memiliki sebab untuk muram. Pilihlah untuk bangkit, walaupun kita telah jatuh dan malu. Pilihlah untuk sabar dan redha walaupun kita ada alasan untuk kecewa.



Rabu, 23 Februari 2011

Motivasi Cinta


1. Cinta abadi perlu berteraskan iman. Kukuhkan hubungan dengan Allah bagi mengeratkan hubungan dengan pasangan. Dirikan ibadah dengan sempurna.

2. Cinta sejati tidak pernah rasa sunyi walaupun pasangan tidak ada di sisi. Perasaan cinta, gambaran kekasih, kenangan manis dan harapan yang positif menjadi teman dikala sendirian.

3. Cinta abadi lebih memberi tumpuan kepada perasaan berbanding kebendaan. Apabila wanita rasa disayangi, perkara lain tidak penting baginya. Ibarat rumah kecil terasa seperti istana.

4. Cinta abadi sentiasa hormat menghormati. Hormati keunikan dan karenah pasangan kita. Jangan sesekali sombong dengan pasangan. Cari penyelesaian menang menang.

5. Cinta abadi sentiasa membuat penyesuaian dan mencari keserasian. Sebenarnya kita mudah membuat sesuatu ataupun berkorban untuk orang lain berbanding untuk diri sendiri.

6. Cinta sejati menyakini bahawa orang yang ALLAH kurniakan menjadi pasangan kita adalah orang yang terbaik bagi kita, walaupun ramai orang yang mungkin lebih baik daripadanya.

7. Cinta abadi gigih menempuh ujian. Setiap ujian yang ditempuh mengeratkan lagi hubungan. Cari hikmah bagi setiap ujian yang ditempuh.

8. Cinta abadi tidak jumud. Cari pelbagai cara kreatif untuk mempamerkan dan menyemarakkan kasih sayang kepada pasangan. Bentuk kegiatan positif setiap hari.

9. Cinta abadi lebih banyak memberi daripada menerima. Renungkan apa yang masih belum kita lakukan untuk pasangan kita. Ingat kita pasti dapat balasan yang berlipat kali ganda.

10. Cinta abadi sentiasa prihatin pada gerak hati wanita. Lelaki yang cemerlang menghormati pandangan pasangannya mengenai kasih sayang dan aspek kehidupan lain.

11.Cinta abadi membentuk rasa selamat. Jangan cuba mengubah ataupun memaksa pasangan. Ubah diri menjadi lebih cemerlang supaya pasangan dapat berubah.

12. Cinta abadi terbentuk bersendikan kejujuran. Tidak patut ada penipuan dan kepalsuan dalam memupuk cinta sejati. Jangan ada dusta antara pasangan.

13. Cinta abadi tidak pernah berdendam. Maafkan pasangan dengan ikhlas setiap malam sebelum tidur. Kemaafan mencuci hati dan minda, menyembuhkan penyakit, mencantikkan wajah dan memakbulkan doa dan menarik hidayah ALLAH.

14. Cinta abadi adalah proses pembelajaran yang berterusan. Didik, nasihat dan berpesan kepada pasangan dari semasa ke semasa. Jangan biarkan pasangan kita membuat kesilapan.

15. Cinta abadi sentiasa diberkati. Bersihkan sumber rezeki dan berterusan doa mendoakan antara satu sama lain. Zakat, sedekah dan bantuan kepada orang lain membawa keberkatan.

16. Cinta abadi menghormati perbezaan antara dua insan yang disatukan. Perbezaan yang wujud berfungsi melengkapkan  dan mengimbangi  kekurangan  antara satu sama lain.

17. Cinta abadi sentiasa mempunyai harapan setiap perkara yang dilalui bertambah baik. Ujian menyebabkan kita insaf, bersyukur dan lebih rapat dengan pasangan.

18. Cinta abadi meletakkan hak pada tempatnya. Kita sentiasa menghormati hak, peranan dan tanggungjawab pasangan. Fokus pada usaha memberi daripada menerima.

19. Cinta abadi sentiasa berubah secara positif. Setiap perubahan positif walaupun kecil membawa perubahan yang bermakna dalam hubungan antara dua insan. Bila kita berubah, pasangan kita juga pasti berubah.

20. Cinta abadi tidak berdebat mengenai siapa menang dan siapa kelah. Pasangan yang berkasih sayang sentiasa memikirkan pendekatan di mana ke dua-dua pihak menang.

21.  Cinta abadi sentiasa bertanggungjawab. Cuba buat senarai semak mengenai apa yang perlu kita lakukan bagi memupuk kasih sayang dan memotivasikan pasangan.

22. Cinta abadi sentiasa berhikmah dan berdiplomasi. Berikan tujuh penghargaan ataupun pujian sebelum menyebut satu teguran. Elakkan melukakan hati pasangan dengan sengaja.

23. Berdoa dan yakin cinta kita kekal hingga ke akhir hayat dan bersambung di alam akhirat.

24. Cinta sejati tidak memaksa pasangan mengalah demi mendamaikan keadaan. Bila pasangan terpaksa mengalah, hati akan terguris dan hubungan terancam pada jangka panjang.

25. Cinta sejati sentiasa mencari kebaikan pasangan dan tidak memberi tumpuan pada kelemahan dan keburukan pasangan. Ingat kita pun banyak kelemahan dan kekurangan.

26. Cinta sejati memerlukan seseorang menjadi cermin kepada pasangan. Tanpa bantuan cerimn, kita sukar mengenal pasti apa yang buruk tentang diri kita.

27. Cinta sejati sentiasa bertolak ansur atas semua perkara yang perlu. Tiada paksaan yang tidak munasabah dalam cinta sejati.

28. Cinta sejati sentiasa dibaluti takwa. Kedua-dua pasangan sentiasa berdoa dan berusaha supaya tidak tewas oleh godaan syaitan dan runtuhan nafsu.

29. Cinta sejati mudah redha dan bersyukur serta tidak mengharapkan sesuatu yang luar biasa ataupun  di luar kemampuan pasangan bagi mengadakannya.

30. Cinta sejati tidak pernah berlumba ataupun mencari siapa yang salah ataupun betul. Apa yang penting adalah kebahagian pasangan.



(akan disambung lagi) semoga catatan yang tidak seberapa ini yang saya petik dari buku Petua Membentuk Cinta Abadi hasil karya Dato' Dr. Mohd Fadzilah Kamsah akan memberi manfaat kepada kita semua. Yang baik itu datangnya dari Allah, yang buruk itu dari kelemahan saya sendiri .....

0 ulasan: