Specially dedicated untuk Amir Marzuqi .... syukur kerana ibu dikurniakan seorang anak setabah dan sebaik Amir dan yang begitu memahami tiap kesulitan ibu .... Maafkan ibu andai byk yg terkurang dari ibu buat Amir ..... tapi doa ibu tak pernah kurang buat Amir di Mahad sana ....... semoga Allah melimpahkan segala rahmat dan keberkatanNya buat Amir ... semoga di angkat doa ibu di Arasy Ilahi Amir beroleh kejayaan di dunia dan akhirat. Semoga pintu kebahagian dan kejayaan sentiasa mengiringi hidup Amir ....
Menatap wajah anak ini
entah mengapa hati menjadi sayu
sebagai anak
dia terlalu baik kerana bisa memahami bahasa duka seorang ibu
sebagai anak yang masih belum cukup dewasa
dia seakan turut memikul beban jiwa
resah dan duka lipatan hati ibu
sebagai anak
dia tidak pernah meminta lebih dari seorang ibu
tidak pernah meminta yang ibu tidak mampu
tidak pernah membentak
jika keinginan tidak tertunai
sebagai anak jiwanya terlalu luhur
sebagai anak dia berjiwa besar
sebagai anak dia berkorban hati dan perasaan
demi merelakan sebuah kebahagiaan
sebagai anak yang meniti usia remaja
dia telah mula menampakkan kedewasaan sebenar
tiap pilihan hatinya seakan
mencerminkan pilihan hati ibu juga
atau mungkin memilih bukan dengan kerelaan hati
memilih atas nama terpaksa
tetapi hati anak ini rela
asal insan sekeliling bahagia
menjadi anak ini dan
berada di tempat anak ini
sebenarnya tidak mudah yang disangka
berliku onak dilalui dengan tabah
batas keimanan, kehalusan jiwa dan kekuatan emosi
menjadi benteng kekuatan diri
anak ini sebenarnya nadi kekuatan ibu
anak ini tulang kekuatan ibu
anak ini degup nafas ibu
anak ini adalah nyawa bagi ibu ..................
Menatap wajah anak ini
entah mengapa hati menjadi sayu
sebagai anak
dia terlalu baik kerana bisa memahami bahasa duka seorang ibu
sebagai anak yang masih belum cukup dewasa
dia seakan turut memikul beban jiwa
resah dan duka lipatan hati ibu
sebagai anak
dia tidak pernah meminta lebih dari seorang ibu
tidak pernah meminta yang ibu tidak mampu
tidak pernah membentak
jika keinginan tidak tertunai
sebagai anak jiwanya terlalu luhur
sebagai anak dia berjiwa besar
sebagai anak dia berkorban hati dan perasaan
demi merelakan sebuah kebahagiaan
sebagai anak yang meniti usia remaja
dia telah mula menampakkan kedewasaan sebenar
tiap pilihan hatinya seakan
mencerminkan pilihan hati ibu juga
atau mungkin memilih bukan dengan kerelaan hati
memilih atas nama terpaksa
tetapi hati anak ini rela
asal insan sekeliling bahagia
menjadi anak ini dan
berada di tempat anak ini
sebenarnya tidak mudah yang disangka
berliku onak dilalui dengan tabah
batas keimanan, kehalusan jiwa dan kekuatan emosi
menjadi benteng kekuatan diri
anak ini sebenarnya nadi kekuatan ibu
anak ini tulang kekuatan ibu
anak ini degup nafas ibu
anak ini adalah nyawa bagi ibu ..................


0 ulasan:
Catat Ulasan