Pagi ini ketika aku melangkah masuk ke kereta entah mengapa hati menjadi sayu .... masih terkesan dengan kisah tragedi tanah runtuh rumah anak yatim di Hulu Langat .... hati ini memang tidak tahan menatap foto2 yang disiarkan di akhbar2 mahupun yg di internet.... sukar untuk membayangkan jika ini berlaku kepada ahli keluarga sendiri. Salam penuh takziah kepada seluruh ahli keluarga yang terlibat. Buat2 anak yg terkorban, semoga ALLAH melimpahkan segala rahmat dan keampunan buat kalian semua......
Kadang-kadang kita tdk dpt membayangkan atau tidak pernah pun terfikir jika sebarang tragedi terjadi kepada kita ... Bagaimanakah persediaan kita dari segi fizikal dan mental ..... Kuatkah kita menghadapi tiap ujian ALLAH. Kekuatan hanya datang dan dapat diketahui malah dirasai tatkala hanya itu sahajalah pilihan yang kita ada untuk meneruskan kehidupan.
Syukurlah.... semenjak bertemankan IKIM fm, benteng2 ketabahan dan kekuatan telah mula terbina dalam diri ini... Motivasi terbentuk menjadi pendinding hati ... Aku bukanlah insan yang terlalu sempurna dan terbaik .... Tetapi aku selalu berusaha meningkatkan kualiti hidup ini samada secara fizikal mahupun spiritual ...... Aku selalu berdoa agar ALLAH mengurniakan kekuatan hati kepadaku ... tanpa hati yang kuat, banyak perkara dalam hidup akan menjadi kucar-kacir kerana hati manusia itu sering berbolak balik ..... Aku minta hati ini kuat dan tabah. Biarlah dia berada di landasan yang betul. Aku juga memohon agar HIDAYAH dari ALLAH selalu diberikan dalam hidup biar dia dapat menyuluh sisi-sisi gelap di dalam hati....
Aku telah lama belajar menjadi manusia yang tabah dan redha ..... Aku juga tidak mahu berkeluh kesah mengenai kehidupan .... Aku hanya ingin kuat dan tabah. Selalu kuyakinkan diri ini bahawa semakin banyak ujian yang datang dalam hidup, itu tandanya ALLAH amat menyayangi kita. Syukurlah kerana kita yang dipilih untuk menerima ujian-ujianNYA. Yang penting HATI mesti kuat kerana ujian ini datang dalam keadaan yang tidak kita duga .... Ada ketikanya keluarga menjadi Ujian buat kita ..... Ada kalanya kita kaya dengan wang ringgit, tetapi kita miskin kasih sayang dalam keluarga..... Ada ketikanya pula, kita punya keluarga yang dikurniakan ALLAH dengan penuh sifat kasih sayang, tetapi wang selalu menjadi pokok persoalan utama dlm hidup ....
Justeru hati memang selalu perlu kuat ...... lebih lebih lagi jika kita wanita yang bergelar isteri .... Banyak perkara yang mesti diperhatikan dalam perkahwinan. Ingat ... AGAMA dan EKONOMI harus berjalan seiring tatkala jika kita ingin berada di alam itu .... Perkahwinan satu alam yang penuh misteri .... Tidak bisa digambarkan dengan bahasa manusia .... Satu kehidupan yang harus ditempuhi dan dilalui seusia hidup bersama pasangan yang telah kita pilih kecuali jika MAUT yang akan memisahkan dua jiwa ........atau jika takdir telah tersurat bahawa PERPISAHAN HIDUP adalah jalan yang harus dipilih untuk kebaikan ....
(akan disambung lagi .........)



