Sekuntum Mawar Merah
Sebuah Puisi
Untuk Gadis Pilihan Hati
Di Bulan Februay .............
Apa yang istimewanya bulan February???? February sememangnya bulan yg istimewa bagiku ... bukan kerana menyambut Hari Kasih Sayang ..... Setiap saat, setiap hari hidup ini sentiasa dipenuhi dengan kasih sayang. Tidak perlu menunggu hari2 tertentu untuk aku mencurahkan erti kasih sayang.
Apa yang istimewanya ...... Mungkin kebetulan atau aku memang pandai merancang ....Hadirnya February bermakna aku akan menyambut hari ulangtahun kelahiran bukan sahaja buat diri sendiri, tetapi turut diraikan bersama suami tercinta dan juga anak yang dikasihi ..... Kami berkongsi bulan kelahiran yang sama ..... Itulah istimewanya February buatku .... 3 dalam 1 ... Dan arwah permata hati sulungku juga lahir pada bulan February ....... Kebetulan yang tidak dijangkakan ...
Semoga February dilimpahi dengan penuh kasih sayang buat kami sekeluarga .....
Tarikh istimewa yang aku kongsi bersama ..........
1 Feb - arwah permata hati sulung (Nurhayati Bt Rosli)
19 Feb - aku
22 Feb - my girl - Nurul Hidayah Hanis Bt Rosli
25 Feb - my luv - Rosli Bin Haji Ahmad
Semoga kami sentiasa dirahmati Allah. Diperkuatkan iman dan takwa dihati kami. Dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan yang baik, diperlihara hati kami agar sentiasa berdiri di atas landasan yang benar, dijauhkan kami dari segala kesesatan hati ....


0 ulasan:
Catat Ulasan