and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS?
Ketika hati bersedih, kita perlu memilih. Pilihlah untuk senyum walaupun kita memiliki sebab untuk muram. Pilihlah untuk bangkit, walaupun kita telah jatuh dan malu. Pilihlah untuk sabar dan redha walaupun kita ada alasan untuk kecewa.
Khamis, 2 Februari 2012
Hanya ALLAH yang maha mengetahui ....... munajat seorang hamba ....
1. Jangan hanya melihat, tetapi perHATI. Pastikan setiap yang kita perhati membawa hati kita kepada Illahi. 2. Hati boleh diumpamakan seperti bumi. Bumi mati dan gersang tanpa air. Sirami hati kita dengan air akidah, taqwa, iman dan ilmu 3. Penuhkan hati dengan niat yang baik. Selepas itu, jagalah keikhlasan hati kita ketika melakukannya. 4. Tiada manusia yang dapat menipu hatinya sendiri. Tetapi ramai manusia yang ditipu oleh hatinya sendiri. Oleh itu, berhati-hatilah dengan hati sendiri. 5. Hati dipengaruhi oleh pandangan mata. Pandanglah apa yang baik untuk hati. 6. Lindungi hati dengan benteng ilmu. Hati yang berilmu tidak mudah diserang perasaan ragu dan was-was. 7. Lindungi hati daripada kesukaan menghitung ganjaran dan pahala. Biasakan hati muhasabah diri dan menghitung dosa 8. Kita perlu meluahkan perasaan dalam bentuk tutur kata agar kita tidak makan hati. Namun berhati-hati ketika melafazkan tutur kata agar tidak ada orang yang berkecil hati 9. Jangan memandang kecil kepada yang sedikit. Didik hati untuk menghargai perubahan positif dan kejayaan kecil dan sedikit. 10. Jangan pernah putus asa dalam menjalani hidup ini. Dunia tidak pernah belas kepada hati yang mudah tewas. 11. Semua manusia memiliki hati tetapi hanya sedikit jumlah manusia yang menjaga hati. Berusahalah untuk termasuk sejumlah orang yang sedikit itu. 12. Sesiapa yang tidak menjadi raja kepada hatinya, pasti dia akan menjadi hamba kepada hatinya. 13. Wang jangan dipegang dengan hati tetapi peganglah wang dengan berhati-hati. 14. Lebih mudah mengawal hati ketika susah berbanding menjaga hati ketika senang
0 ulasan:
Catat Ulasan